Saksi sudah dipanggil, kertas siasatan Khairuddin diserah esok - KPN - Utusan Malaysia

Saksi sudah dipanggil, kertas siasatan Khairuddin diserah esok – KPN

hamid
ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Saksi terakhir kes  membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali melanggar arahan kuarantin wajib sudah direkodkan keterangan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara esok untuk tindakan lanjut.

“Kita akan serahkan kertas siasatan itu kepada Peguam. Mereka akan meneliti bukti dan kenyataan sedia ada dalam fail siasatan.

“Lebih 10 saksi sudah dirakam
keterangan. Saksi terakhir beri kenyataan semalam,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya