Rugi lebih RM200,000 terjerat Macau Scam - Utusan Malaysia

Rugi lebih RM200,000 terjerat Macau Scam

AIBEE ABD. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pekerja swasta kerugian hampir RM210,000 selepas terjerat dengan penipuan Macau Scam apabila berkongsikan 17 kata laluan sekali guna (OTP), di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa wanita yang masih bujang dan berusia 48 tahun itu menerima panggilan telefon yang menyatakan dari Public Bank.

Menurutnya, panggilan telefon itu menyatakan wanita berkenaan mempunyai hutang kad kredit dan perlu menjelaskannya tetapi mangsa menafikan.

“Selepas itu panggilan disambung ke ‘Bank Negara Malaysia (BNM)’ untuk membuat laporan mengenai kad kredit Public Bank seperti yang diberitahu oleh pihak bank berkenaan.

“Selepas laporan dibuat, panggilan mangsa disambungkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah dan bercakap dengan ‘Inspektor Yap’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Aibee berkata, Inspektor Yap meminta nombor kad hadapan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa dan memintanya memberikan 17 OTP melalui mesej di nombor mangsa.

Menurutnya, selepas tamat panggilan, wanita itu membuat semakan dan mendapati wang dalam akaun bank RHB mangsa berkurangan sebanyak RM99,998.75.

“Akaun bersama mangsa dengan kakaknya dalam akaun RHB Bank pula berkurangan sebanyak RM109,997.50 menjadikan jumlah keseluruhan kerugian mangsa berjumlah RM 209,996.25.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Kami harap orang ramai akan lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan panggilan Macau Scam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya