Projek runding terus KPKT cubaan burukkan imej Zuraida - Utusan Malaysia

Projek runding terus KPKT cubaan burukkan imej Zuraida

Nor Hizwan Ahmad menunjukkan dokumen mengenai permohonan perolehan secara rundingan terus dalam sidang akhbar di Ampang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua projek runding terus melibatkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah satu bentuk percubaan politik untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap menterinya, Zuraida Kamaruddin. 

Setiausaha Politik kepada Menteri KPKT, Nor Hizwan Ahmad berkata, tidak ada setitik dakwat daripada Ahli Parlimen Ampang itu berkenaan satu daripada dua projek runding terus yang dinamakan sebagai Projek Sisa Pepejal Taman Beringin berjumlah RM170,294,400 seperti mana yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebelum ini.

Nor Hizwan berkata, projek tersebut telah berlaku sejak pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu pada 16 Mac 2017, syarikat yang dinamakan Bumi Segar Indah Sdn. Bhd. mengemukakan cadangan kepada KPKT dan ia telah dibentangkan di Kabinet menerusi memorandum jemaah menteri bertarikh 1 Mac 2017.

“Pada 27 November 2017, KPKT menghantar surat kepada Kementerian Kewangan bagi memaklumkan kelulusan jemaah menteri bagi mempertimbangkan pelaksanaan projek,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di sini semalam. 

Beliau berkata demikian menjelaskan situasi yang sebelum ini dilihat tidak jelas melibatkan KPKT sejurus selepas pendedahan Tengku Zafrul berkenaan senarai 101 projek runding terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Zuraida sebelum ini mendakwa bahawa kelulusan projek tersebut adalah di luar pengetahuan beliau. 

Semalam, beliau turut berkata, berdasarkan Peraturan-Peraturan Kewangan (FR), proses yang melibatkan rundingan secara terus adalah di antara Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha (KSU) KPKT yang berperanan sebagai Pegawai Pengawal. Hizwan turut senada dengan kenyataan itu. 

Nama Zuraida terpalit disebabkan beliau merupakan individu bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal kementerian itu bagaimanapun, Nor Hizwan menegaskan bahawa Zuraida tidak ada kaitan berkenaan projek tersebut kerana beliau mengangkat sumpah sebagai menteri pada 21 Mei 2018 sedangkan Lembaga Perolehan A KPKT memuktamadkan harga rundingan projek pada 3 Mei 2018. 

Tambah Nor Hizwan, semasa PH memerintah, tidak ada lagi projek rundingan terus justeru itu, semua kelulusan yang telah diberikan ditangguhkan bagaimanapun, projek tersebut akan dibincangkan semula sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian. 

Pada 21 Ogos 2018, Kementerian Kewangan mengarahkan KPKT mengemukakan permohonan baharu. 

Sembilan hari selepas itu iaitu 30 Ogos 2018, KSU KPKT menulis surat Pejabat Belanjawan Negara bagi memuktamadkan projek tersebut sehinggalah Kementerian Kewangan menyatakan persetujuan pada 4 Januari 2019 untuk projek itu dilaksanakan.

“Saya terpaksa menegur bekas menteri kewangan, Lim Guang Eng. Saya menganggap beliau mempunyai daya ingatan lemah dan bersikap selektif. Apabila ditanya perkara khusus tentang rundingan terus, beliau seolah-olah lupa, lepas tangan dan memutarbelitkan fakta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya