PRN Sabah penentu tarikh PRU-15 - Utusan Malaysia

PRN Sabah penentu tarikh PRU-15

Sukarelawan Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) mengambil sampel jentik-jentik yang terdapat dalam sebuah bot terbiar pada Program Gotong Royong Membasmi Denggi di Kampung Orang Asli Kuala Masai, Pasir Gudang di sini, hari ini. FOTO: RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal menjadi penentu sama ada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan segera atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, PRN itu dilihat amat signifikan kerana petanda sokongan rakyat pada ketika ini sama ada terhadap Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH). 

“PRN Sabah akan memberi gambaran sebenar rakyat mahukan siapa untuk mewakili mereka sebagai kerajaan. Ia juga akan menjadi penentu sama ada PRU ke-15 akan diadakan dalam masa terdekat atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar semasa menghadiri Program Gotong Royong Basmi Denggi di Kampung Orang Asli Kuala Masai di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebelum ini menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon manakala 26 September sebagai hari mengundi dengan menyaksikan sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan. 

Sementara itu, Hassan yang juga bekas Pengerusi PKR Johor juga tidak menolak situasi sama mungkin berlaku di negeri ini berdasarkan situasi politik semasa.

“PN ketika ini memiliki 29 kerusi sementara PH memiliki 27, jika Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk memecat keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, maka PN akan mempunyai 28 kerusi, PH pula 27 kerusi manakala bebas satu kerusi. 

“Sekiranya Menteri Besar hilang sokongan majoriti, beliau perlu menasihatkan atau meminta pandangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan DUN dan mengadakan PRN Johor selepas Sabah,” tambahnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya