Polis tembak mati penculik warga asing - Utusan Malaysia

Polis tembak mati penculik warga asing

SAHABUDIN ABD. MANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Polis menembak mati seorang lelaki warga Myanmaryang terlibat dalam kesculik rakan senegaranya dalamserbuan di sebuah pondok dikawasan kebun kelapa sawit diPaya Keladi, Kepala Batas di sini semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu antara 13 suspek dalam kes penculikan seorang lelaki warga Myanmar berusia 37 tahun dua minggu lalu.

Menurut beliau, lelaki tersebut ditembak mati selepas anggota polis dalam serbuan itu terpaksa mempertahankan diri ekoran suspek cuba menyerang dengan sebilah parang panjang.

“Dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu, seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ketika cuba mempertahankan rakan anggota yang terjatuh selepas suspek bertindak agresif,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Sahabudin, pihaknya sebelum ini menahan seramai 11 individu yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang penjaga kolam ikan di sini yang meminta wang tebusan RM15,000 daripada isterinya di Myanmar.

Katanya, kejadian itu berlaku 14 Ogos lalu dan isterinya memaklumkan kepada kenalan tiga hari kemudian sebelum lelaki berkenaan membuat laporan polis di Cheras, Kuala Lumpur.

Tambah beliau, wang tebusan dibayar dan mangsa yang dikurung di dalam rumah kongsi di Bedong, Kedah dibebaskan pada 19 Ogos lepas.

“Bagaimanapun, kita berjaya menahan suspek iaitu masingmasing lima lelaki warga tempatan dan Myanmar serta seorang wanita Myanmar selain sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas,” katanya.

Ujar beliau, setakat ini tiga lelaki termasuk dua warga Myanmar akan dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan bersama-sama seorang lagi yang masih bebas.

“Dua suspek lelaki dan perempuan warga Myanmar turut dituduh mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen yang sah, manakala lima suspek dibebaskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN