Polis siasat kematian ‘tokan dadah’ sebagai kes bunuh - Utusan Malaysia

Polis siasat kematian ‘tokan dadah’ sebagai kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kematian tiga beranak dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa di Langkawi, Kedah tahun lalu diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Kertas siasatan membabitkan pasangan suami isteri, Mohd. Nahar Suhami, 39, dan Nor Suhaila Ahmad, 41, serta anak lelaki mereka, Mohd. Naufal, 6, sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun dibuka semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terdapat unsur jenayah ketika kejadian.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan pihaknya.

“Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan JSJ, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid akan ke Langkawi minggu depan. Ini salah satu langkah diambil untuk semak semula siasatan dahulu,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengenal pasti pelaku dalam insiden itu, Huzir berkata, sehingga kini Polis Kontinjen Kedah belum mengenal pasti suspek.

“Sekiranya Kedah kenal pasti akan maklum kepada saya,” katanya.

Pada 4 September lalu, dilaporkan kematian lelaki dipercayai ‘tokan dadah’ Langkawi dalam kes kebakaran di kediamannya 1 April 2019 adalah satu misteri yang dipercayai kemungkinan terdapat unsur jenayah.

Laporan itu mendedahkan, berdasarkan siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihak berkenaan menemukan sisa petrol dalam rumah berkenaan dan ia sekali gus menolak kemungkinan kebakaran disebabkan litar pintas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya