Polis pengiring maut terbabas - Utusan Malaysia

Polis pengiring maut terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang polis pengiring sebuah kementerian maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Besi, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa, Lans Koperal Shahrul Azwan Sain, 28, dipercayai baru pulang dari bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bertugas.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan

“Penghadang besi berkenaan terkena pada leher mangsa menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Zulkifly, mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya