PM umum sekutunya sebagai 'Gabungan Rakyat Sabah' - Utusan Malaysia

PM umum sekutunya sebagai ‘Gabungan Rakyat Sabah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kesemua parti yang mendukung kepimpinannya dalam Pilihan Raya Negeri (Sabah) kali ini akan bersatu dan berkempen di bawah nama Gabungan Rakyat Sabah.

Beliau berkata, kesepakatan yang dicapai dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meletakkan calon di setiap kerusi dewan undangan negeri (DUN) dengan niat untuk mengalahkan Parti Warisan Sabah (Warisan) lantas membentuk kerajaan negeri baharu.

Perdana Menteri menjelaskan, Gabungan Rakyat Sabah adalah terdiri daripada komponen Barisan Nasional (BN), komponen Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Semalam di Kota Kinabalu, kita duduk bersama semua parti yang bersepakat untuk berjuang. Kita bangun, kita bela dan kita majukan dalam mesyuarat penting semalam.

“Saya hendak umumkan bahawa keputusan yang dicapai ialah menamakan gabungan parti-parti yang ada ialah sebagai Gabungan Rakyat Sabah. Ini sebagai satu tanda bahawa kami semua bersatu hati untuk membentuk sebuah kerajaan,” katanya ketika berucap di pekarangan Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran di sini hari ini.

Yang turut hadir calon Bersatu bagi kerusi DUN Sulaman, Datuk Haji Noor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Hajiji yang kemudiannya bergerak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman tiba pada pukul 9.05 pagi dengan lengkap berbusana baju Melayu berwarna merah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya