PKR setuju tanding tujuh kerusi, guna logo sendiri - Utusan Malaysia

PKR setuju tanding tujuh kerusi, guna logo sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR Sabah mencapai kata sepakat dengan Warisan Plus untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Pengerusinya, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya bakal meletakkan tujuh calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Api Api, Klias dan Sook.

“Keputusan itu disahkan oleh Presiden PKR dan Setiausaha Agung parti untuk menyokong keputusan pemimpin tempatan.

“Kita dengan senang hati bergabung dengan Warisan, DAP, UPKO dan Amanah dalam memastikan kami kekal sebagai unit yang strategik, stabil dan padu dalam mempertahankan mandat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Liew yang juga calon DUN Api-Api berkata, buat masa ini parti itu akan menggunakan logo PKR sendiri dan berharap pengundi Sabah erus memberikan sokongan kepada gabungan berkenaan.

“Kita tetap berpegang teguh pada kepercayaan dan kerjasama yang sudah ada dalam semua komponen pakatan ini dan kami menyokong kepemimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya