Perbaharui cukai jalan tanpa pemeriksaan Puspakom - Utusan Malaysia

Perbaharui cukai jalan tanpa pemeriksaan Puspakom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  mengesahkan pekeliling tular berhubung kenderaan persendirian tamat tempoh cukai jalan tidak lebih tiga tahun boleh memperbaharuinya tanpa  pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mulai esok. 

Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ, Mohammad Yatim Nawawi berkata, perkara tersebut  benar dan akan dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong hari ini.

“Saya boleh katakan perkara yang tular itu benar tetapi akan dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan petang ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kalamariff Holdings Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Semalam, satu pekeliling tular  berhubung kereta dan motosikal tamat tempoh cukai jalan tidak lebih tiga tahun boleh memperbaharui cukai jalan tanpa pemeriksaan Puspakom.

 Kenyataan itu menyebut untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.

Bagi kenderaan yang cukai jalan tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan itu ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN