Penunggang basikal cedera dirempuh pemandu disyaki mabuk - Utusan Malaysia

Penunggang basikal cedera dirempuh pemandu disyaki mabuk

TANGKAP layar rakaman video tular memaparkan seorang warga emas yang menunggang basikal di Lebuh Raya Lingkaran Tengah dari arah Cheras menghala Gombak jatuh akibat dilanggar kereta Honda City dipercayai dipandu dalam keadaan mabuk. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara dilanggar pemandu disyaki mabuk, seorang penunggang basikal cedera dalam kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Tesco Ampang, dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu berlaku apabila kereta Honda City yang dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah Cheras ke Gombak mengubah laluan dari lorong paling kanan masuk ke susur Kampung Pandan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar bahagian belakang basikal yang ditunggang seorang pesara di lorong kiri sebelum kereta Honda City itu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar pokok.

Katanya, akibat kemalangan itu, penunggang basikal berkenaan jatuh di permukaan jalan sehingga cedera di kaki manakala pemandu kereta tersebut cedera ringan.

“Pemandu kereta berkenaan dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk disiasat.

“Kita mengambil sampel darah dan air kencing untuk ujian toksikologi dan dihantar ke Jabatan Kimia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari iniu.

Menurut Azman, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video dirakam pengguna jalan raya di lokasi kejadian yang memaparkan sebuah Honda City dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk di lorong tengah di MRR2 berhampiran Tesco Ampang dekat sini tular dalam media sosial semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya