Peniaga sedar dtipu selepas habis RM102,050 - Utusan Malaysia

Peniaga sedar dtipu selepas habis RM102,050

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang peniaga wanita kerugian RM102,050 diperdaya sindiket Macau Scam selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki  menyamar sebagai wakil pos laju pada 15 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 46 tahun menerima panggilan ketika berada di rumah kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Wakil pos laju mendakwa mangsa mempunyai barang terlarang yang mahu dihantar kepadanya,”kata beliau dalam kenyataan  semalam..

Menurut beliau, pemanggil menawarkan untuk membantu mangsa sebelum talian  disambungkan kepada seorang lelaki menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman di Kuala Lumpur.

“Pegawai polis itu meminta mangsa membuat bayaran bertujuan membolehkan barangan itu diserahkan tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

“Disebabkan takut, mangsa melakukan 14 transaksi ke akaun bank milik individu tidak dikenali pada tarikh 15 September dan 17 September kesemuanya berjumlah RM102,050,” katanya.

Elias berkata, mangsa dijanjikan wang tersebut akan dipulangkan semula setelah proses menerima serahan barang selesai dalam tempoh dua hari, namun mangsa diminta membuat bayaran tambahan berjumlah RM50,000.

“Mangsa tidak meneruskan bayaran tersebut dan mensyaki telah ditipu sindiket Macau Scam dan membuat laporan polis pada 18 September di Balai Polis Alor Setar,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN