KUANTAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menasihatkan mana-mana pengunjung dari negeri ini ke Sabah supaya menjalani ujian saringan Covid-19 selepas 72 jam mendarat kembali ke Semenanjung.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, dalam tempoh 72 jam itu, individu yang terlibat diminta mendisiplinkan diri dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dan menghadkan interaksi fizikal
“Semua pihak yang berkenaan diminta memberikan kerjasama demi keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” katanya di sini hari ini.
Sallehuddin berkata, perkara itu dilakukan kerana pada ketika ini diperhatikan terdapat peningkatan jumlah pengunjung dari Pahang ke Sabah.
“Pada ketika ini, penularan Covid-19 di negara ini terus meningkat, situasi yang membimbangkan dicatatkan di Sabah,” ujarnya.-UTUSAN