Pengawal keselamatan pukul jiran direman  - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan pukul jiran direman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pengawal keselamatan yang disyaki memukul pasangan suami isteri menggunakan batu bata di Kampung Padang Kubu, Air Puteh di sini direman empat hari bermula hari ini. 

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai berang apabila pasangan suami isteri yang juga jirannya bertanya di mana anaknya meletakkan kasut milik mereka.

Katanya, suspek yang tidak berpuas hati dengan pasangan berkenaan kemudian bertindak memukul lelaki itu menggunakan batu bata di bahagian belakang badan dan kepala. 

Katanya, isteri mangsa turut terkena pukulan itu selepas cuba mempertahankan suaminya. 

“Selain kepala dan belakang badan, mangsa turut mengalami kecederaan ringan di tangan ketika cuba mempertahankan dirinya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Hanyan berkata, suspek yang ditahan di rumahnya petang semalam direman selama empat hari bagi membantu siasatan. 

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya