SUNGAI PETANI: Setelah sekian lama berdepan dengan masalah mendapatkan akses internet, penduduk di Ladang UP Bahagian Bukit Selambau di sini mengambil inisiatif membina ‘menara telekomunikasi’ mereka sendiri. Kawasan estet kelapa sawit tersebut yang juga dikenali sebagai Kampung Kongsi 14 yang terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar ini didiami kira-kira 170 orang penduduk. Seorang penduduk, V.Barathidasa, 26, berkata, penduduk membina ‘menara’ yang berupa tiang itu sejak lima tahun lalu selepas lama menanti kemudahan internet di kawasan itu. Menurutnya, mereka bukan sahaja tidak mempunyai akses internet malah talian telefon juga sukar didapati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya