Pencalonan Hajiji sebagai KM Sabah tidak dibincang dengan BN - Utusan Malaysia

Pencalonan Hajiji sebagai KM Sabah tidak dibincang dengan BN

SHAHRIL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tidak ada kata putus antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) berhubung pencalonan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menumbangkan Warisan Plus dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, 26 September ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, PN tidak berbincang dengan parti komponen BN berkenaan Hajiji sebagai bakal Ketua Menteri Sabah baharu.

“Tidak dibincang dengan BN,” katanya hari ini.

Menurut Shahril Sufian, setakat yang dipersetujui ialah ketua menteri dipilih dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang jika Gabungan Rakyat Sabah yang menang. 

“Kepemimpinan utama parti-parti harus duduk semeja segera meleraikan isu ini. BN sudah berbesar hati memberi laluan banyak tempat. Walaupun ada banyak pertimbangan lain tentang siapa akan jadi ketua menteri jika GRS menang, sewajarnya antara pertimbangan besar adalah parti mana yang menang paling banyak kerusi. 

“Apa pun, mohon tiada parti lain mendahului dan menguji persahabatan dengan kenyataan yang mengasak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya