Pemuda Pas ditegur kurang responsif di media sosial - Utusan Malaysia

Pemuda Pas ditegur kurang responsif di media sosial

Ir. Khairil Nizam Khirudin menyaksikan Tuan Ibrahim Tuan Man merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Pengkalan Chepa hari ini. -FOTO: ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Jentera penerangan Pemuda Pas digesa meningkatkan penguasaan di semua platform media sosial dan menjadi lebih agresif menangani isu-isu semasa termasuk menangkis serangan pihak lawan terhadap parti dan kerajaan.

Ketua Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, pemerhatian beliau secara peribadi mendapati mereka masih lagi kurang responsif terhadap isu yang timbul selain tidak memanfaatkan ruang siber secara optimum bagi memberi penjelasan kepada rakyat.

“Ini wajib diperbaiki. Bersistematik dalam bertindak balas dengan mengenal pasti isu-isu, kreatif dalam penyampaian bersesuaian dengan golongan sasaran. 

“Banyakkan video pendek yang lebih ‘engaging’, fahami ‘algorithm’ media sosial agar kita dapat memaksimumkan capaian,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-61 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Muktamar tersebut dirasmikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Khairil Nizam berkata, bagi menghadapi perang alaf baharu dalam dunia politik tanah air ketika ini, Pemuda Pas dituntut memainkan peranan sebagai ‘wartawan’ atau ‘pemberita’ kepada pihak parti dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Perang alaf baharu adalah perang persepsi dan pemikiran. Medannya adalah media sosial. Mengikut kajian, sentimen pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 banyak dipengaruhi media sosial. Maka, ini perlu menjadi keutamaan kepada jentera penerangan di setiap peringkat.

“Pelbagai pendekatan diambil untuk memastikan jentera penerangan berada di tahap terbaik, termasuk beberapa siri latihan media sosial Twitter dan Facebook, latihan penulisan, pembentukan kumpulan Twitter serta saluran penerangan untuk pengguna internet,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya