Pemuda ditahan dengan air ketum baru siap rebus - Utusan Malaysia

Pemuda ditahan dengan air ketum baru siap rebus

Pemuda ditahan bersama air ketum yang baru siap direbus. Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang lelaki tidak sempat menjual air ketum yang baru siap direbus apabila diserbu polis dalam Ops Tapis di sebuah rumah di Kampung Sidam Kanan, Padang Serai di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama 55 bungkusan air ketum yang disimpan di dalam sebuah tong plastik pada pukul 5.30 petang.

Menurut beliau, serbuan itu dilakukan selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan penjualan air ketum di kampung tersebut.

“Berdasarkan maklumat tersebut, anggota polis menyerbu sebuah rumah dan hasil pemeriksaan menemui sebuah tong plastik berisi 55 bungkusan plastik dipercayai air ketum.

“Polis menahan seorang lelaki yang berada di dalam rumah itu,” katanya di sini hari ini.  

Azhar berkata, lelaki terbabit dan air ketum yang dirampas kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, berdasar rekod, lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

Kes rampasan ketum tersebut disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya