Pemotong rumput meninggal dunia rebah di pasar - Utusan Malaysia

Pemotong rumput meninggal dunia rebah di pasar

LELAKI berusia 43 tahun yang bekerja sebgai pemotong rumput meninggal dunia selepas terjatuh di sebuah pasar di Paka, Dungun di Terengganu di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pemotong rumput meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh di sebuah pasar di Paka di sini semalam. 

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu difahankan berlaku ketika lelaki berusia 43 tahun dari Kampung Limbong, Paka singgah berteduh sementara di pasar berkenaan daripada hujan lebat sebelum terjatuh di hadapan gerai buah-buahan. 

Seorang peniaga, Zariman Mohamed, 55, berkata dia segera meluru ke arah mangsa selepas terdengar bunyi jatuh dan jeritan meminta tolong.

“Sebelum kejadian, saya tengok dia duduk di bangku dan bersembang dengan rakan perempuannya.

“Kemudian, saya terus mengemas barang tiba-tiba dengar bunyi kuat seperti orang jatuh dan didapati mangsa telah rebah, ” katanya kepada pemberita di sini harinini. . 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. 

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya