Pembeli, penjual senapang angin kena cekup - Utusan Malaysia

Pembeli, penjual senapang angin kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua lelaki disyaki pembeli dan penjual senapang angin ditahan polis dalam dua serbuan  di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki berusia 29 tahun disyaki pembeli di rumahnya di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu dekat sini pada pukul 7 malam semalam.

Menurut beliau, polis turut merampas selaras senapang angin berhulu kayu serta sebiji botol yang mengandungi galas bebola dipercayai digunakan sebagai peluru.

Katanya, tangkapan kedua  membabitkan lelaki berusia 28 tahun, disyaki penjual senapang angin  di sebuah rumah di Kampung Berona Kiri, Jeniang dekat sini pada pukul 7.30 malam. 

“Suspek pertama membeli senapang angin terbabit dengan harga RM150 selaras  untuk kegunaan sendiri termasuk menjaga kebun daripada haiwan liar,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek kedua mengaku belajar membuat senapang angin melalui YouTube dan senjata itu adalah yang pertama dihasilkannya.

“Suspek  mengiklankan senapang terbabit di laman sosial untuk dijual,” ujarnya.

Adzli berkata kedua-dua suspek  dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Muda untuk siasatan  dan direman  tiga hari bermula hari ini hingga 10 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya