Pembahagian kerusi dalam PN belum selesai - Utusan Malaysia

Pembahagian kerusi dalam PN belum selesai

i-sinar
BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persoalan kini timbul sama ada terdapatnya kemelut atau pertikaian pembahagian kerusi membabitkan parti Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Walaupun tarikh pengumuman nama calon yang akan bertanding Rabu ini, semua wakil pimpinan parti masih berteka-teki dan mengakui rundingan sedang berjalan.

Perkara tersebut turut disahkan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Proses perundingan masih lagi berjalan,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia hari ini.

Malah, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Johnny Mositun turut berkata, agihan kerusi dalam kalangan parti yang bekerjasama dengan PN seperti dilaporkan hanya spekulasi menjelang hari pengumuman calon dijangka esok atau lusa.

Katanya, jumlah sebenar agihan kerusi belum dimuktamadkan kerana masih ada rundingan di antara parti yang menuntut kerusi sama.

Kini, tinggal lebih kurang 48 jam lagi sebelum hari pengumuman tiba untuk melihat sejauh mana kesepakatan dapat diterjemah dalam PRN kali ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya