Pemandu tersepit, lori getah terbalik - Utusan Malaysia

Pemandu tersepit, lori getah terbalik

KEADAAN lori dengan muatan kayu getah dipandu Muhammad Marrohaimi Muhammad yang terbalik selepas hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 12, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di Kampung Kepah di Hulu Terengganu, Terengganu hari ini. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 30 minit akibat tersepit selepas lori tiga tan dengan muatan kayu getah dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Kilometer 12, Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris di Kampung Kepah di sini hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Marrohaimi Muhammad, 25, dari Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Tok Randok, Ajil di sini, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan pada muka dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan.

Difahamkan, lori jenis Daihatsu dipandu mangsa dari arah Kuala Ping ke Kuala Berang itu hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik. 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Zuraidi Mohd. Yusof berkata, pihaknya dengan kekuatan lapan anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.52 petang.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu itu.

“Setibanya di lokasi kejadian kita dapati pemandu tersepit dan cedera di bahagian muka. Bomba menggunakan peralatan hidraulik dengan bantuan jengkaut untuk mengeluarkan mangsa dan operasi mengambil masa kira-kira 10 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Zuraidi, operasi ditamatkan sekitar pukul 3.18 petang selepas mendapati tiada mangsa lain terlibat dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya