Pemandu kereta Toyota Camry direman empat hari - Utusan Malaysia

Pemandu kereta Toyota Camry direman empat hari

PEMANDU kereta Toyota Camry dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Pemandu kereta Toyota Camry yang membelok ke lorong kecemasan dan melanggar sebuah motosikal di Kilometer 56.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak semalam ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 37 itu dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi kira-kira pukul 10.45 pagi ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Semalam, tular dalam laman media sosial kejadian sebuah kereta yang memotong di laluan kecemasan dan melanggar sebuah motosikal sebelum melarikan diri.

Pemandu kereta berkenaan ditahan selepas ke Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor untuk membuat laporan polis, semalam.

Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu berlaku ketika pemandu kereta dan motosikal menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu kereta di lorong kiri mengubah haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan hadapan dan motosikal dari lorong kecemasan cuba mengelak lalu terbabas jatuh ke tebing kiri jalan.

“Pemandu kereta tidak memberhentikan kenderaan dan lari dari tempat kejadian manakala mangsa mendapat rawatan di Hospital Bentong,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya