Pegawai kanan polis ditahan cetus ‘provokasi’ - Utusan Malaysia

Pegawai kanan polis ditahan cetus ‘provokasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis ditahan selepas didapati melakukan provokasi di sebuah pusat hiburan di Kelana Jaya dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 pagi itu, satu pemeriksaan dijalankan oleh anggota Unit Peronda dari Ibu pejabat Polis Daerah di pusat hiburan terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, satu maklumat awam diterima Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD berkenaan berhubung sebuah pusat hiburan masih beroperasi.

Ujarnya, susulan itu, pemeriksaan dilakukan di pusat hiburan berkenaan dan mendapati masih ada pelanggan sebelum salah seorang daripadanya memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Dalam kejadian itu, pegawai kanan tersebut membuat provokasi dengan menghina dan cuba mengugut anggota yang bertugas.

“Pegawai kanan berusia 39 tahun yang masih bertugas bersama Polis Diraja Malaysia itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.7) (Pindaan) 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nik Ezanee turut menegaskan pihaknya sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk PDRM yang didapati terlibat dalam perkara sedemikian.

“Mereka diingatkan untuk terus berdisplin dan tidak menganggu petugas yang sedang menjalankan tugas mereka. Tindakan disiplin dan undang-undang sudah tentu akan diambil tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya