Pasang Unifi di Bukit Selambau - Utusan Malaysia

Pasang Unifi di Bukit Selambau

NOR AZRINA SURIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Episod duka penduduk di Ladang UP Bukit Selambau di sini yang menghadapi masalah capaian internet dan liputan telekomunikasi lemah bakal berakhir tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melakukan pemeriksaan tahap capaian internet di kampung itu untuk tindakan susulan, kelmarin.

Malah menurutnya, hasil perbincangan selepas lawatan itu, SKMM akan be­kerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk memasang Unifi di kawasan tersebut.

“Pemasangan Unifi itu diharapkan dapat menyelesaikan masalah capaian internet lemah yang dihadapi penduduk di sekitar kawasan itu,” katanya di sini semalam.

Mingguan Malaysia pada 20 September lalu melaporkan setelah sekian lama berhadapan dengan masalah akses internet, penduduk di Ladang UP Bukit Selambau mengambil inisiatif membina menara telekomunikasi mereka sendiri.

Kawasan estet kelapa sawit tersebut yang juga dikenali sebagai Kampung Kongsi 14 terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Sungai Petani diduduki kira-kira 170 penduduk.

Seorang penduduk, V. Barathidasa, 36, berkata, mereka membina ‘menara’ yang berupa tiang itu sejak lima tahun lalu selepas lama menanti kemudahan internet di kawasan tersebut.

Nor Azrina berkata, pihaknya bersimpati terhadap masalah yang dihadapi penduduk di kawasan ber­kenaan dan mengharapkan SKMM serta TM dapat membantu menyelesaikannya dalam tempoh terdekat.

“Ketika negara sedang ke arah pencapaian kelajuan internet 5G, masih ada rakyat di kawasan pedalaman yang tercicir daripada mendapat kemudahan internet,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya