PAR: ATM sifar rasuah - Utusan Malaysia

PAR: ATM sifar rasuah

AFFENDI Buang ketika melintasi perbarisan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-87 di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelan Anti Rasuah (PAR) yang diterbitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dijadikan sebagai pemangkin bagi mengukuhkan budaya berintegriti dalam kalangan anggota perkhidmatan itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, seluruh anggota ATM akan menjadikan PAR sebagai garis panduan dalam setiap penugasan mereka selaras dengan sasaran sifat rasuah.

Katanya, PAR juga secara jelas menunjukkan pendirian tegas ATM yang tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang cuba merosakkan integriti perkhidmatan itu.

“Kepimpinan atasan perlu pamerkan kepimpinan melalui teladan agar usaha ini dijalankan secara bersungguh-sungguh demi memastikan tiada ruang rasuah.

“Menjadi tanggungjawab setiap warga ATM semua peringkat untuk menyemarak sifar rasuah dan membudayakan integriti” katanya menerusi ucapan yang disampaikan dalam majlis Perbarisan Hari ATM ke-87 di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Perbarisan kali ini melibatkan 51 pegawai dan 907 anggota lain-lain pangkat (LLP) dengan diketuai Leftenan Kolonel Mohd.Fuad Md.Ghazali dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Dalam pada itu, Affendi berkata, ATM akan memberi fokus lebih serius terhadap isu dalaman terutama aspek pencegahan rasuah, kelemahan pengurusan, karenah birokrasi, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Kesejahteraan warga ATM perlu diperkasa setiap aspek termasuk profesionalisme dan pembangunan nilai murni berteraskan kekuatan kerohanian, berani dan semangat berpasukan,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya