Pahang sita empat pusat hiburan  - Utusan Malaysia

Pahang sita empat pusat hiburan 

Norkamawati Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyita dan menutup empat premis hiburan di daerah ini kerana menjalankan perniagaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). 

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, kesemua empat premis hiburan itu tiada lesen.

Menurut beliau, selain disita dan ditutup, empat premis itu turut dikompaun masing-masing RM2,000. 

“Tidak dinafikan, dalam tempoh PKPP ini terdapat pengusaha premis hiburan yang berani curi-curi buka pusat hiburan. Setakat hari ini aktiviti lesen hiburan tidak dibenarkan di negeri ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Justeru, kata Norkamawati berkata, MPK akan melakukan pemantauan  berterusan bagi memastikan tiada kelab malam yang melanggar syarat semasa PKPP.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan semua kontinjen polis di seluruh negara  menggempur pusat hiburan yang ‘berani’ beroperasi secara sorok-sorok.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya