Mangsa keempat keracunan gas karbon monoksida sudah mula bercakap - Utusan Malaysia

Mangsa keempat keracunan gas karbon monoksida sudah mula bercakap

NOR AQILAH MOHD. SAFWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Keadaan mangsa keempat dalam kejadian  keracunan gas karbon monoksida ketika tidur di dalam kereta, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, dilaporkan semakin baik dan kini sudah mula bercakap.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, Nor Aqilah juga sudah boleh memakan bubur nasi meskipun belum boleh bangun daripada katil.

“Dia masih belum boleh bangun, tetapi sudah boleh bercakap sepatah-sepatah.

“Dia juga hanya boleh makan bubur nasi, jika keadaannya semakin baik, boleh ditukarkan ke wad biasa,” katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Sebelum ini, Nor Aqilah dilaporkan diletakkan di dalam keadaan koma untuk diberikan rawatan namun berada dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh minggu lalu, Nor Aqilah bersama kembarnya, Nor Adilah serta dua rakan, Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang enjinnya masih hidup dan pintu tertutup ketika sedang berehat.

Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu, manakala Ayunie Shazwanie disahkan terkorban ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini akibat keracunan gas karbon monoksida.

Nor Adilah pula meninggal dunia ketika mendapatkan  rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya