Noor Hisham berang gambar wajah disalah guna - Utusan Malaysia

Noor Hisham berang gambar wajah disalah guna

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Sebuah syarikat perlombongan, Kashi Mining didakwa menyalahgunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam laman sesawang mereka tanpa kebenaran.

Gambar itu turut merujuk Noor Hisham sebagai ketua pegawai operasi syarikat berkenaan dengan menggunakan nama Aidan Razif.
Noor Hisham bagaimanapun sekeras-kerasnya menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dalam syarikat tersebut.

“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam website mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu. https://kashiminingcompany.com/management.html,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di laman web syarikat tersebut kononnya menjalankan perniagaan berkaitan perlombongan dan pemasaran batu permata yang beroperasi di Labuan, Sabah.
Syarikat itu juga kononnya memperoleh batu permata dari sumber kawasan perlombongan di Afrika.

Sementara itu, sehingga pukul 8.50 malam tadi, hantaran tersebut menerima 3,000 reaksi daripada pengikutnya, 370 perkongsian dan 318 komen.
Antara komen yang diterima termasuklah meminta Noor Hisham membuat laporan polis dan menasihati beliau untuk berhati-hati kerana risau kemungkinan besar laman web tersebut adalah scam.

Sehingga pagi ini, laman sesawang itu sudah ditutup oleh pengendalinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya