Nilai eksport buahan tropika Malaysia dijangka meningkat - Utusan Malaysia

Nilai eksport buahan tropika Malaysia dijangka meningkat

AHMAD HAMZAH (depan, empat dari kanan) bergambar bersama wakil peserta yang menyertai Program Penemusuaan Pengeluar dan Pengeksport Agromakanan (Tanaman) Jabatan Pertanian di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.-UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Purata nilai eksport buah-buahan tropika negara pada tahun ini dianggarkan mencecah sehingga RM1.417 bilion dan dijangka akan terus meningkat kepada RM2.52 bilion pada tahun 2025.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, nilai import buah-buahan tropika pula dijangka akan berkurangan iaitu daripada RM1.904 bilion pada tahun 2021 kepada RM1.633 bilion pada tahun 2025. 

“Melalui peningkatan eksport dan pengurangan import ini akan memberi sumbangan kepada nilai dagangan kepada negara iaitu sebanyak RM2.791 bilion pada tahun 2025 dan dijangka akan terus meningkat sehingga tahun 2030,” katanya sewaktu berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Program Penemusuaan Pengeluar dan Pengeksport Agromakanan (Tanaman) Jabatan Pertanian di sini hari ini,

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan) Eliyas Saad.

Dalam pada itu, katanya, nilai purata eksport buah-buahan tropika Malaysia bertambah dari tahun 2015 iaitu sebanyak RM 821.5 juta kepada RM1.124 bilion pada tahun 2018 dengan purata peningkatan sebanyak 12.29 peratus setahun.

“Sementara nilai import buah-buahan tropika juga meningkat sebanyak 9.95 peratus setahun iaitu RM1.103 bilion pada tahun 2015 kepada RM1.432 bilion pada tahun 2018,” katanya.

Sementara itu, menurut Ahmad, pada tahun ini, Jabatan Pertanian akan memberi tumpuan kepada empat jenis buah-buahan utama iaitu durian, nangka, betik dan tembikai untuk peningkatan pengeluaran bagi memenuhi keperluan eksport.

“Buah-buahan tropika Malaysia seperti durian, nangka, betik, tembikai, pisang, manggis dan rambutan mempunyai potensi yang sangat besar untuk tujuan eksport khususnya ke negara seperti China, Taiwan, Korea, Singapura, Australia, Amerika Syarikat, negara-negara Asia Barat dan negara=negara Eropah.

“Buah-buahan lain yang berpotensi untuk dieksport ialah antaranya belimbing, cempedak, mangga, jambu batu, pitaya, ciku dan nanas. Permintaan yang tinggi tehadap buah-buahan tropika dari Malaysia ini adalah disebabkan oleh pengaruh iklim dan tanah yang sangat sesuai untuk mengeluarkan buah-buahan tropika dan dapat menghasilkan kualiti yang tinggi dan rasa lebih baik berbanding negara-negara lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya