MPK, 10 PBT bantu peniaga terjejas Covid-19 - Utusan Malaysia

MPK, 10 PBT bantu peniaga terjejas Covid-19

Norkamawati Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini komited membantu golongan peniaga yang terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19.

Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norkamawati Kamal berkata, antara dilaksanakan Program Jualan Makan Pahang di Bazar Serambi Teruntum di sini selama tiga hari bermula semalam. 

Program itu, katanya, bagi membantu penjaja dan usahawan yang terjejas di seluruh daerah di negeri ini bagi meningkatkan hasil jualan serta pendapatan setelah terjejas teruk ekoran Covid-19.

“Sebanyak 30 gerai jualan makanan terkenal negeri Pahang yang dibawa khusus dari setiap daerah memeriahkan program anjuran MPK ini.

“Program ini sebagai platfom dalam membantu promosi hasil usaha produk usahawan kecil dalam meningkatkan pemasaran dan pengedaran barangan tempatan dan daerah kepada pengunjung,” katanya di sini hari ini. 

Norkamawati berkata, program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Rahim Muda.

Jelasnya, ia melibatkan segmen seperti gerai jualan makanan, pertandingan masakan makanan tradisional, gubahan dan menjanting batik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya