MDKS benarkan 20 penjaja berniaga semula - Utusan Malaysia

MDKS benarkan 20 penjaja berniaga semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Keluhan 20 peniaga yang diberi notis tidak boleh berniaga di tempat letak kenderaan di Jalan Besar, Tanjong Karang di sini  lega apabila Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)  menarik balik notis tersebut.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, keputusan itu dipersetujui selepas pihaknya mengadakan mesyuarat dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar pada 27 Ogos lalu. 

“Menerusi mesyuarat komunikasi dua hala tersebut, persetujuan dicapai untuk memberi kebenaran sementara kepada penjaja untuk berniaga di situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan  20 peniaga di kawasan parkir itu kesal dengan tindakan MDKS yang mengeluarkan notis melarang mereka berniaga di kawasan tersebut. 

Mengulas lanjut, Rahilah memaklumkan pihaknya akan menaik taraf kemudahan di situ untuk menceriakan tapak penjaja.

 Jelasnya, langkah tersebut bagi memastikan lokasi tersebut  lebih menarik dan mampu menarik pengunjung.

 “Selepas tapak yang boleh menempatkan 60 penjaja siap dinaik taraf, semua penjaja akan dipindahkan dan dikumpul di satu tempat,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya