Mayat lelaki terjun jambatan ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terjun jambatan ditemukan

ANGGOTA bomma mengangkat mayat Lim Wee Leong yang ditemukan berhampiran Jambatan Kedua Muar, hari ini. FOTO: NUR ALINA HASSAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Mayat lelaki yang dipercayai lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Ismail di sini berjaya ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mayat mangsa, Lim Wee Leong, 34, dijumpai oleh orang awam pada pukul 5.30 petang.

“Mangsa yang tersangkut pada pokok nipah berhampiran Jambatan Kedua Muar ditemukan orang awam yang kemudiannya bertindak melaporkan kepada pihak bomba.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Bedah siasat akan dijalankan esok dan identiti mangsa telah dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, seorang lelaki dilaporkan memberhentikan motosikal yang ditungganginya dan menanggalkan seliparnya di laluan motosikal sebelum bertindak terjun dari jambatan berkenaan.

Sementara itu, seramai 10 anggota, sebuah jentera dan satu unit utiliti bot aluminum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya