Mayat lelaki terapung di Pulau Korea - Utusan Malaysia

Mayat lelaki terapung di Pulau Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terapung di Pulau Korea atau lebih dikenali sebagai Pulau Gazumbo berdekatan Pengkalan Weld, di sini petang tadi.

Mayat lelaki dipercayai berusia dalam lingkungan 50-an itu dijumpai lengkap berpakaian baju-T tanpa kolar berwarna hitam dan seluar panjang kira-kira pukul 1 petang tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat terbabit kira-kira pukul 1.04 petang dan bergegas ke lokasi menggunakan bot.

“Kita menerima maklumat daripada pasukan polis mengenai penemuan mayat terapung di pulau itu dan tindakan anggota adalah dengan menjalankan penugasan mengangkat mayat mangsa.

“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Pangkalan Marin di Batu Uban untuk disanitasi terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya