Maut dirempuh lori selepas motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Maut dirempuh lori selepas motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang pekerja pembinaan warga Bangladesh terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam kira-kira pukul 7.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Mahabub, 37, datang dari arah pekan Bukit Mertajam menuju ke Bulatan Bukit Tengah di sini.

Bagaimanapun, katanya, ketika sampai di lokasi kejadian, motosikalnya terbabas secara tiba-tiba menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan.

“Sebuah lori gagal mengelak dan melanggar mangsa. Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah manakala pemandu lori yang berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Shafee berkata, ketika kejadian, hujan lebat namun laluan di kawasan itu rata, lurus dan berturap.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya