Masjid Kampung Laut kembali ke tapak asal - Utusan Malaysia

Masjid Kampung Laut kembali ke tapak asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Masjid Kampung Laut tertua di Asia Tenggara yang terletak di Nilam Puri di sini akan dipindahkan ke lokasi asalnya di Kampung Laut, Tumpat.

Sebelum ini, masjid itu dipindahkan dari Kampung Laut ke Nilam Puri berikutan tapak asalnya kerap dilanda banjir seperti bah merah pada 1926 dan banjir besar lain pada 1966 dan 1970.

Menteri Besar, Ahmad Yakob berkata, kerja-kerja pemindahan masjid berusia 400 tahun akan dimukan esok dengan kos mencecah RM2 juta.

“Seramai 100 tenaga pekerja termasuk lapan pakar tukang akan meleraikan struktur masjid berkenaan dengan mengambil kira aspek struktur dan komponennya.

“Kerja pemindahan itu perlu diteliti supaya struktur asal berkeadaan baik untuk dicantum semula bila sampai di Kampung Laut nanti,” katanya selepas Majlis Solat Hajat Pemindahan Bersejarah Masjid Kampung Laut di Nilam Puri di sini semalam.

Pemindahan Masjid Kampung Laut melibatkan kerjasama kerajaan negeri dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara, Muzium Negeri Kelantan.

Jarak dari lokasi tapak masjid di Nilam Puri dengan tapak asalnya di Kampung Laut adalah sejauh 22 kilometer.

Uniknya, Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan paku dan juga merupakan antara tarikan pelancongan utama di Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya