Mangsa terakhir keracunan gas karbon monoksida dikomakan untuk rawatan - Utusan Malaysia

Mangsa terakhir keracunan gas karbon monoksida dikomakan untuk rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi lemas gas karbon monoksia ketika tidur dalam kereta, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, kini dalam keadaan koma di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, Nor Aqilah dikomakan kerana sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital itu.

“Berdasarkan maklumat yang polis terima, mangsa dalam keadaan stabil. Cuma dia dikomakan kerana sedang menjalani rawatan daripada pasukan perubatan di sana.

“Kami juga sentiasa memantau keadaan dia dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh minggu lalu, Nor Aqilah bersama kembarnya Nor Adilah serta dua rakan, Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang enjinnya masih hidup kira-kira pukul 11 malam.

Bagaimanapun, Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu manakala Ayunie Shazwanie maut ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini akibat keracunan gas karbon monoksida.

Nor Adilah pula meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya