Makan PATI RM10.56, anak yatim RM8 - Utusan Malaysia

Makan PATI RM10.56, anak yatim RM8

Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin di negara ini berterusan sehingga kerajaan terpaksa menanggung kos makan minum mereka RM10.56 untuk setiap orang berbanding RM8 buat anak yatim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan menanggung kos makan minum pendatang asing tanpa izin (PATI) di pusat-pusat tahanan lebih besar berbanding nilai diperuntukkan kepada anak yatim di negara ini.

Kerajaan dilaporkan mengeluarkan perbelanjaan RM10.56 sehari untuk seorang warga asing berbanding hanya RM8 sehari diperuntukkan bagi seorang anak yatim.

Perkara itu dibangkitkan Senator Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Negara semalam.

Beliau berkata, kerajaan perlu memikirkan mekanisme baharu sama ada melalui perjanjian tertentu dengan negara-negara terlibat agar PATI dapat dihantar pulang dengan kadar segera.

“Masalah pendatang haram menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Adakah terkini terdapat perjanjian antara Malaysia dengan negara-negara yang disebut untuk mengambil balik warganegara mereka secepat mungkin,” katanya ketika sesi jawab lisan.

Radzi sebelum itu dalam soalan asalnya meminta kerajaan menyatakan bilangan pusat tahanan Imigresen, jumlah tahanan di pusat tahanan dan kos makan minum untuk seorang tahanan ditanggung kerajaan.

Menjawab persoalan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya bersedia membawa perkara itu untuk perhatian pihak-pihak berwajib termasuk Kementerian Kewangan agar sesuatu dapat dilakukan bagi membela nasib anak-anak yatim.

“Tentang perbandingan antara perbelanjaan diperuntukkan untuk anak yatim berbanding dengan PATI, saya akan majukan kepada pihak berkenaan supaya mengambil kira.

“Timbalan Menteri Kewangan pun ada dalam Dewan Negara ini bagi mengambil perhatian serius. PATI kita bagi RM10.56 tetapi anak yatim hanya RM8. Memang menjadi hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan ditanggung,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya