Lelaki Myanmar maut ditikam - Utusan Malaysia

Lelaki Myanmar maut ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas ditikam di Jalan 43, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa ditemukan terbaring berlumuran darah oleh polis yang menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, hasil pemeriksaan awam mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada bahagian belakang badan, leher dan kepala mangsa.

“Beberapa suspek dikenal pasti dan tangkapan juga sudah dilakukan. Usaha sedang dijalankan untuk mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ismadi, siasatan lanjut dijalankan termasuk menyiasat motif pembunuhan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN