Lagi mangsa penipuan ‘ahlong Facebook’ - Utusan Malaysia

Lagi mangsa penipuan ‘ahlong Facebook’

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang eksekutif swasta di sini kerugian RM15,249 selepas diminta membayar pelbagai jenis caj untuk proses memohon pinjaman daripada ‘ahlong Facebook’ yang juga menjalankan aktiviti menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, kali ini, wanita berusia 36 tahun itu menerima mesej iklan melalui WhatsApp yang menawarkan pinjaman wang pada 23 Ogos lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa kemudiannya berurusan dengan seorang lelaki sejurus bersetuju memohon pinjaman.

“Pada hari sama ketika di tempat kerja, mangsa melakukan empat transaksi pembayaran secara dalam talian ke dalam akaun bank milik seorang individu lain berjumlah RM3,190.

“Tiga hari kemudian, mangsa menerima lagi panggilan daripada seorang wanita meminta bayaran RM501 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank milik individu lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Ujar Mohd. Wazir, mangsa juga telah membuat bayaran cukai sebanyak RM6,778 seperti diarahkan suspek pada 27 Ogos lalu, namun, berterusan dihubungi dan diminta membayar pelbagai caj lain.

“Mangsa tidak lagi membuat bayaran selepas membayar caj cukai dan ingin membatalkan permohonan pinjaman itu.

“Selepas itu, mangsa masih dihubungi dan diminta membayar RM2,000 untuk pembatalan pinjaman dan sekiranya tidak bayar, suspek mengugut mahu membakar rumahnya,” ujar beliau.

Jelasnya, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, pihaknya turut menerima satu lagi laporan di daerah ini semalam melibatkan tawaran pinjaman tidak wujud yang menggunakan modus operandi sama.

Dalam kejadian berasingan itu, seorang pegawai farmasi wanita berusia 21 tahun kerugian RM3,001 dan kes tersebut turut disiasat mengikut seksyen yang sama. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya