Komputer guna lapan perisian haram dirampas - Utusan Malaysia

Komputer guna lapan perisian haram dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) daerah Timur Laut menyita dua unit komputer di sebuah syarikat kejuruteraan di Bayan Lepas di sini semalam selepas didapati menggunakan perisian cetak rompak.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP daerah Timur Laut, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, serbuan oleh empat anggota itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada pemilik hak cipta.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua komputer yang digunakan syarikat itu mengandungi lapan salinan langgaran untuk urusan perniagaan mereka.

“Komputer berkenaan yang bernilai RM5,000 disita bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Ahrazzudin berkata, antara perisian yang dipercayai digunakan secara haram Windows 10 Pro, Adobe Illustrator CC, AutoCAD Mechanical 2020, Office Professional Plus 2016, Project Professional 2016, Visio Professional 2016, AutoCAD Mechanical 2018 dan Acrobat XI Pro.

Menurutnya, siasatan pihaknya mendapati syarikat terbabit tiada sebarang kebenaran untuk menggunakan perisian yang dimiliki oleh syarikat pengeluar tetapi menggunakan perisian salinan langganan.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Hakcipta 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN