Kilang tekstil terbakar - Utusan Malaysia

Kilang tekstil terbakar

KILANG tekstil di Jalan Teknologi 2, Kawasan Perindustrian Mengkibol Kluang, Johor terbakar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebuah kilang tekstil yang lebih enam bulan tidak beroperasi di Jalan Teknologi 2, Kawasan Perindustrian Mengkibol di sini terbakar hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu.

Komander Operasi Penguasa Bomba Zon 3, Mohamed Faiz Muin Mohamed Rasidi berkata, anggotanya masih bertungkus-lumus memadam kebakaran dan dijangka berterusan sehingga lewat petang ini.

Beliau berkata, kain kapas dan kedudukan barangan yang rapat menyukarkan pasukan bomba memadam kebakaran dalam masa singkat.

“Kami jangka operasi memadamkan kebakaran ini mengambil masa lebih 12 jam dan bomba sudah bekerja sejak sampai di lokasi pada pukul 2.42 pagi tadi.

“Anggaran kerugian dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Terdahulu, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Renggam dan Ayer Hitam ditugaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.36 pagi.

Seramai 35 anggota bomba termasuk empat pegawai bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kilang seluas 3,716 meter persegi berkenaan.

Sementara itu, pengawal keselamatan kilang itu yang mahu dikenali sebagai Appu berkata, kebakaran disedari kira-kira 2 pagi.

“Kebakaran disyaki bermula di bahagian depan kilang dan merebak dengan pantas ke bahagian lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya