Kes pencemaran sungai berat, perlu letak bawah Sosma-KPN - Utusan Malaysia

Kes pencemaran sungai berat, perlu letak bawah Sosma-KPN

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggap isu berkaitan pencemaran air dan pencerobohan tanah termasuk kejadian di Sungai Gong, Rawang, Selangor, sebagai kesalahan serius dan amat berat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sehubungan itu kes tersebut perlu diklasifikasikan sebagai jenayah terancang dan diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (Sosma).

Katanya, PDRM sentiasa melihat setiap sudut untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada jenayah tersebut terutama apabila mempunyai unsur sabotaj dan perbuatan yang dilakukan secara berulang.

“Ada beberapa perkara yang ditimbulkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) antaranya kesalahan ini amat berat dan menimbulkan kesan meluas.

“Polis menyiasat jika ada unsur mengugut , menakutkan, sabotaj dan perbuatan yang berulang kali,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya