Kes bekas pegawai JPM dibicara secara tertutup - Utusan Malaysia

Kes bekas pegawai JPM dibicara secara tertutup

Datuk Hasanah Abdul Hamid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang menghadapi pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta memohon  perbicaraan kes tersebut dijalankan secara tertutup.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, permohonan tersebut akan difailkan secepat mungkin dan  dibuat bagi menjaga kepentingan negara.

Kata beliau, perbicaraan tertutup hanya membabitkan kira-kira 15 orang daripada 37 orang saksi yang akan dipanggil memberi keterangan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh kemudian mengarahkan pihak-pihak terlibat agar memfailkan permohonan dan dokumen-dokumen berkaitan sebelum 30 September ini.

Permohonan untuk mengadakan perbicaraan tertutup akan didengar pada 5 Oktober ini.

Terdahulu, Muhamad Iskandar memaklumkan pihaknya telah menyerahkan  22 ikatan dokumen tambahan kepada pihak pembelaan yang diwakili peguam-peguam bela, Hamdan Hamzah dan Nur Faida Mohd. Rashidee. 

Pada 25 Oktober 2018, Hasanah didakwa atas pertuduhan sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kompleks JPM, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya