Kediaman MB Selangor dapat layanan istimewa? - Utusan Malaysia

Kediaman MB Selangor dapat layanan istimewa?

GAMBAR yang dimuat naik Masdiana Muhamad yang dikecam netizen ketika rakyat Selangor dibelenggu krisis gangguan bekalan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketika rakyat gelisah dibelenggu krisis gangguan bekalan air, kediaman Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagaimanapun menerima layanan istimewa yang menimbulkan kemarahan netizen.

Dakwaan itu timbul selepas isteri pemimpin itu, Datin Seri Masdiana Muhamad memuat naik gambar lori tangki air Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berada di kediaman rasmi tersebut dan ahli keluarganya mandi di kolam renang tular dalam media sosial sejak semalam.

Keadaan itu dikatakan mengguris hati rakyat negeri ini dan menerima kecaman netizen yang kesal dengan tindakan tersebut.

Bagaimanapun, Masdiana membuat permohonan maaf di laman sosial Facebook miliknya hari ini dengan mengakui kekhilafannya namun menafikan lori tangki dihantar untuk memenuhkan kolam renang di kediaman rasmi itu.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menyedari kekhilafan di pihak saya memuat naik gambar tersebut yang menimbulkan banyak tafsiran.

“Sebagai seorang ibu saya cuma ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada petugas barisan hadapan Air Selangor yang bertungkus lumus sejak beberapa hari lepas, bukannya niat untuk bermegah-megah.

“Saya memohon maaf sekiranya tindakan tersebut mendatangkan sebarang bentuk salah tafsir dan mengguris perasaan mana-mana pihak,” katanya.

Ujarnya, beliau akan bersama petugas barisan hadapan Air Selangor untuk membantu penduduk di kawasan yang belum menerima bekalan air terutama golongan ibu dan warga emas.

Terdahulu, Masdiana di akaun Instagram miliknya memuat naik tangki Air Selangor di hadapan rumahnya.

“Terima kasih Air Selangor kerana menghantar air. Saya faham anda merupakan petugas barisan hadapan sekarang. Semoga Allah memberkati,” kata pada keterangan gambar tersebut.

Dalam pada itu, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan penularan berita palsu berkaitan isu gambar isteri beliau yang tular.

Penularan berita palsu tersebut, Amirudin didakwa mengambil maklum gambar yang tular dan diambil di Instagram isterinya.

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa Amirudin memohon maaf pada rakyat Selangor dan pada masa sama tidak mempertikaikan kelebihan tersebut kerana beliau merupakan Menteri Besar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya