Kedah tunggu keputusan MKN - Utusan Malaysia

Kedah tunggu keputusan MKN

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di daerah Kota Setar di sini.

Temco daerah Kota Setar yang melibatkan 28 mukim dikuatkuasakan 11 September lalu dan dijadualkan berakhir esok.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu, sebarang keputusan untuk menamat, melanjut atau melaksanakan Temco secara lebih bersasar di sesuatu kawasan lebih kecil hanya boleh dibuat MKN.

Kata beliau, pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan berhubung Temco daerah Kota Setar namun tidak dapat mendedahkannya.

“Semua keputusan mengenai Temco di daerah Kota Setar di bawah kuasa MKN dan kerajaan negeri hanya boleh beri cadangan.

“Saya tidak boleh maklumkan kepada umum apa cadangan kerajaan negeri namun yakin di peringkat MKN dan kerajaan Pusat, mereka mengambil kira semua faktor yang ada di Kedah sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri berkaitan Covid-19 di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, sebanyak 6,500 bungkusan makanan asas diagihkan kepada penduduk yang menghubungi talian PKOB.

Katanya, bantuan makanan turut diagihkan kepada 88 buah rumah di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak di sini yang dikenakan kawalan ketat berikutan penularan Covid-19 bagi Kluster Sungai.

“Kita juga menghantar bekalan barangan basah seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran dari semasa ke semasa,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya