Kanak-kanak cedera diserang anjing liar - Utusan Malaysia

Kanak-kanak cedera diserang anjing liar

Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas dan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera akibat diserang dua ekor anjing liar di hadapan rumahnya di Taman Kenari, Durian Tunggal, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, Muhammad Irfan Danish Abdullah, 12, dipercayai diserang anjing tersebut sejurus turun dari kenderaan bagi membuka pintu pagar rumahnya. 

Ibu mangsa, Nor Fatiha Mokthar, 30, berkata, ketika kejadian dia bersama suami dan anaknya itu baru pulang ke rumah dan insiden berlaku sangat pantas sehingga menyebabkan mangsa jatuh tersembam ke jalan. 

“Suami saya terus keluar dari kenderaan untuk menghalau anjing itu dan nasib baik ada juga penduduk yang ternampak datang membantu.

“Irfan menerima rawatan kerana mengalami luka yang teruk dilutut, tangan, belakang badan dan sakit dada, doakan kesembuhan buat anak saya” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, anaknya yang juga murid Sekolah Rendah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Selandar itu bagaimanapun dalam keadaan stabil, namun, masih trauma. 

Tambahnya, dia berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan menangkap anjing liar terbabit agar tiada lagi penduduk yang menjadi mangsa.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman berkata, pihaknya akan segera mengambil tindakan untuk mengadakan operasi menangkap anjing liar.

“MPTJG sentiasa menjalankan operasi anjing liar  yang dinamakan ‘Op Johnny’ dan dalam tempoh sebulan kami telah menangkap lebih 120 ekor anjing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya