Jari kelingking budak terlekat pada kerusi  - Utusan Malaysia

Jari kelingking budak terlekat pada kerusi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan 40 minit apabila jari kelingkingnya tersangkut pada lubang kerusi plastik semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, dalam kejadian pukul 3.39 petang, ibu mangsa memaklumkan anaknya yang berusia empat tahun itu bermain menjolok jari ke dalam lubang kerusi  sebelum terlekat. 

“Wanita itu  membawa anaknya dan kerusi ke Klinik Kemayan sebelum pihak klinik menghubungi bomba bagi membantu mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit. 

“Kita menggunakan alat pemotong khas dan berjaya mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan dalam masa 11 minit,” katanya semalam.

Menurut beliau, akibat kejadian itu jari kelingking mangsa melecet tetapi  tiada kecederaan serius lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya