JAIPk larang kempen di masjid, surau - Utusan Malaysia

JAIPk larang kempen di masjid, surau

MOHD. YUSOP HUSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Semua pengerusi masjid dan surau di kawasan yang terlibat secara langsung  dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim diingatkan tidak membenarkan masjid dan surau dijadikan sebagai lokasi kempen.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, selain itu parti politik yang bertanding juga diingatkan supaya tidak menggunakan masjid dan surau untuk tujuan berpolitik sepanjang kempen PRK.

“Saya mohon kerjasama pengerusi masjid dan surau di kawasan PRK DUN Slim supaya tidak membenarkan sebarang aktiviti politik khususnya kempen pilihan raya.

“Semua parti politik juga diingatkan agar tidak menggunakan premis berkenaan bagi maksud tersebut.

“Seruan ini merupakan peringatan yang berulang kali disebut oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Yusop berkata, Sultan Nazrin seringkali mengingatkan rakyat Perak supaya tidak sekali-kali mengggunakan masjid dan surau dalam perkara yang membabitkan isu politik dan seharusnya ia perlu dihormati.

Katanya, dengan tempoh kempen yang sudah masuk ke penghujung, peringatan itu perlu bagi memastikan masjid dan  surau di negeri ini tidak dicemari dengan kempen politik yang tidak sepatutnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya