Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh - Utusan Malaysia

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan berlangsung semalam ditangguhkan.

Penangguhan itu berikutan kegeringan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka akan terus menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Majlis menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung pada Selasa, 22 September ditangguhkan ekoran kegeringan Tuanku.

“Ketika ini, Al-Sultan Abdullah akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan para pakar perubatan di IJN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, Seri Paduka berterima kasih kepada seluruh rakyat, pemimpin dan individu-individu yang mendoakan kesejahteraan Tuanku.

“Al-Sultan Abdullah menzahirkan terima kasih kepada seluruh rakyat; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Tun Daim Zainuddin, para Jemaah Menteri Kabinet dan individu-individu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda.

“Al-Sultan Abdullah turut mengambil kesempatan menasihati seluruh rakyat untuk bertenang dan menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih menghadapi ancaman penularan wabak Covid-19,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya